How to save a life
Wednesday, December 27th, 2006
Raya Qurban bakal menjelma 3 hari lg. Cakap psl pengorbanan, mcm2 pengorbanan yg penah kita buat sepanjang kite hidup ni kan. Kite korban tak tido mlm sbb nak siapkan kerja yg menggunung tinggi, kite korban hari minggu dr berjoli sakan sbb nak menghadiri majlis kematian, kite berkorban perkara yg penting utk perkara yg lagi penting…
Aku sbg generasi mude, yg sepatutnye ade lg byk tenage dr mak, masih tak boleh tanding kehebatan mak. Mak boleh berdiri teguh tanpa brek KitKat 5 minit dr membuat kerja2 rumah. Mak yg hanya dpt tido kurang dr 5 jam tiap2 hari masih boleh bgn awal pagi stret ke lewat mlm, walhal aku yg hibernate mengalahkan beruang hutan pon mcm tak penah cukup tido. Mak masih boleh layan lapan2 anak (+ satu bapak) dgn senyuman, tak penah jemu menjawab soalan2 bodoh aku. Sebesar mana nmpk pd zahirnya pengorbanan kite pd dorang, hakikatnya, pengorbanan mereka tiada tokok tanding. Aku tabik spring dgn mak. Semoga Allah melipat gandakan pengorbanan mak selama ni.
Setiap suatu pengorbanan itu, pasti ada pulangan yg setimpal. -Mak.
Jd sempena Raya Qurban ni, jgn lupa ucapkan terima kasih kpd kedua ibu bapa kite. Tak raya pon ucapkanlah jugak ye. Sebelum tido, salam tangan dorang, cium pipi dorang, peluk dorang. Manelah tau kot2 esok tak berkesempatan nak buat mcm tu lg.
”Redha Allah tergantung pada redha ibu bapa terhadap anaknya. Murka Allah tergantung pada murka ibu bapa terhadap anaknya”.
Aku harap aku pon boleh membuat pengorbanan sebegitu besar.
Utk semua ummat Islam seluruh dunia, salam Aidiladha…