Archive for February, 2007

DieWithError

Tuesday, February 27th, 2007

  • Aku ade satu projek yg aku langsung tak tau apekebende cikgu sekolah tinggi2 ni nak.
  • Aku ade satu lagi projek yg kalau aku mati idup balik pon takkan reti camne nak buat. (over la pulak kan…)
  • Aku ade projek yg mungkin aku boleh buat kalau aku terer programming. Muahaha. Aku ulang semula, KALAU aku terer. (persoalannye, terer ke aku mcm die ni? tak pon cam die ni?).
  • Dan aku juga ade satu projek mak-datuk besar yg memerlukan byk belaian kasih sayang dan tumpuan spara penuh dr aku yang aku kene siapkan sesempurna yang mungkin.

*

Aku bukan mengeluh. Jauh sekali meraih simpati sbb aku tau, rata2 pelajar yg lain juga mengalami keadaan yg lebih kurang same cam aku. Aku hanya mahu merapikan selerak yg bersawang dlm kepale ni je. Kadang2 aku rase aku tak cukup berusaha utk dptkan sesuatu bende. Kadang2 aku sendiri takut tgk perangai aku yg sambil lewa sgt ni.

*

Aku ibaratkan tahap keserabutan minda aku ni mcm kertas2 yg bersepah kat timbunan tmpt oldnewspaper tu. Ade dah komot la, ade tak terkoyak la, ade yg dah kene pijak2, ketas dah hilang tu jgn cite la. (Ok, tmpt himpunan suratkabarlama pon lg tersusun dr minda aku kot. Ches). Masalah skrg, timbunan kertas2 ni, lps aku dah susun cantek2 cun melecun, angin puting beliung dr arahmanentah dtg attack. Abis semue kertas2 yg penuh kasih syg aku susun tu lintang pukang. Last time aku denga berita, takde taufan melande tmpt terdekat dgn tmpt aku tinggal ni. Jd?…

*

Ok2, aku akan berenti sakitkan otak korang bace repekan aku nih. Ape aku nak ckp sbenonye, aku ni tgh serabut. Tu je…

***

Btw, DieWithError tu bkn refer kat kondisi aku tau. Aku takmoh MatiDenganKesalahan. Aku baru belajar perkataan tu time klas TCPIP td. RunForever…DieWithError.

Sape la agaknye cipta perkataan2 ni eh…

Breathe

Sunday, February 18th, 2007

Harini Raya Cina.

Tp kitorang tak g umah jiran sebelah, beraya.

Die blk kampung.

Melepas la chan nak dpt ang-pau. Hohoho.

*

Cuaca diluar sgt memberangsangkan.

Jd kitorang g picnic kat Taman Basah.

Mkn kimbab sampai kembung sambil menikmati keindahan Putra.

Kan seronok kalau yg lain ade same…

Image021a

It’s not how old you are…

Sunday, February 18th, 2007

Selamat menyambut ulang tahun buat teman rapat se-kampus, se-diploma, se-degree, se-mkn, se-galanya – Aniza Syafrila Mohd Rozali.

2

Semoga penambahan umur ni mematangkan lagi kehidupan, menambah iman di dada, diberkati ilmu yg berguna, kesihatan yg berpanjangan dan kekayaan yang halal. Stay as you are, but of course change for the better given the opportunity ya.

Ingatan ikhlas dr sahabatmu yg bakal jumpe blk di bandar bersejarah,

SOZM.

…It’s how you are when old that counts.

Nota kaki: Picture will be taken down upon request.

Dawning daze

Wednesday, February 14th, 2007

Hari ini seperti biasa, cuaca agak panas.

Tapi tidak sepanas semalam.

Aku buka pintu utk memberi laluan kpd utk angin-keluar masuk ke bilik.

Sedang aku syok melayan kesejukkan air ribena sambil berangan,

aku terdengar suara org menangis.

Teresak2.

Aku umpamakan tangisan tu mcm tangisan waktu aku kecik2,

kene pukul sbb nakal.

Lebih kurang mcm itu.

Makin lama makin kuat esakan dia.

Aku agak cuak jugak lps insiden aku nmpk bende yg tak sepatutnye aku nmpk.

Jd denga suara org menangis ni agak menakutkan juga la.

Tp disebabkan siang hari, aku beranikan diri bergerak ke arah suara tu.

Di kawasan ampaian pakaian, aku menjengah kebawah,

mengintai dicelahan pakaian2 yg disidai,

memastikan dimana asal suara tersebut.

Beberape ketukan singgah dipintu bilik dibawah tingkat aku.

Aku tidak nmpk, tp hanya boleh membayangkan.

Temannya membuka pintu dan terus kaget melihat si penangis ni.

Beberapa patah perkataan keluar dr mulut teman itu.

Mungkin bertanya kenapa.

Makin kuat lg tangisannya.

Teman mengajak masuk ke bilik dan menutup daun pintu.

Aku masih lg boleh mendengar lolongan dia walaupon pintu ditutup rapat.

Ah, putus cinta barangkali. Valentine kan…

I.O.U

Wednesday, February 14th, 2007

Hari yg teda perasaan.

*

Aku: ”Kak, saya nak amek suntikan rubella”.

Akak klinik: ”Hah? Rubella? Adik ni brape tahun?”

(Adik? Mude belienye aku. Hohoho)

Aku: ”Sy dah terlebih umur utk suntikan rubella ni kak”.

Akak klinik: ”Awk dah XX dan tak penah amek suntikan ni lg?”

(Berbuih jugak mulut aku kang dok ulang bende yg same)

Aku angguk. Kalau bulih aku mahu mengurangkan kadar pertuturan. Cuaca kat bdr bersejarah ni terlampau best sampai badan aku memberontak dgn tuan bdn. Jdlah luka-luki dlm mulut nih.

Akak klinik: ”Cammane awk boleh tak dapat suntikan ni?”

Aku: ”Sy tak skolah kat sini dulu, jd sy tak terima suntikan rubella tu”.

Akak klinik: ”Abis tu kat tmpt awk sekolah tu, tak bg ape2 suntikan ke?”

(Uhu…dah aku kabo takdok, takdok la)

Aku: ”Takde kak. Kalau kat tmpt sy skolah dulu dpt suntikan cam kat negara kita ni, cukup bersyukur dah kot rakyat2 die”.

*

Akak klinik slps diskusi dgn doktor: ”Mcm ni la dik. (adik lg?). Adik dtg blk lepas raye dung-dung-che ni, kitorang tgk camne”.

Dgn patah hati dan kechiwanya, aku melangkah keluar dr klinik dan pegi membeli roti utk perut aku.

***

Nota kaki:

Kalau kawasan diatas lidah = lelangit.

Maka kawasan dibawah lidah = tetanah?

Tetanah aku luka…:’(

Silver lining

Wednesday, February 14th, 2007

Sy gembira.

Harini hari Valentine.

Tp sy tak meraikan,

sbb sy tak penah bace dlm kitab ajaran sy pasal En. Valentine.

Jd sy naik bukit. (ape kene mengene?)

*

Harini sy gembira.

Dpt hirup udara segar.

Dpt mengeluarkan peluh.

Dpt tgk matahari naik.

Dpt bertukar pendapat dgn sahabat.

Dpt menghargai penambahan sehari lg dlm hidup sy.

*

Harini sy sgt gembira.

1

Nota kaki : Melayan blues diatas bukit dgn machonye. Hoho - Sile maafkan ke-vain-nan dan ketidaksenonohan penulis yg tgh perasan ye.

Never forget where you’re coming from

Sunday, February 11th, 2007

Disbbkan masalah suhu kat bilik, aku berhijrah ke tmpt kegemaran kekasih #1 aku. Pintu rumah kekasih aku terbuka luas. Mcm tau2 je aku nak dtg. Masuk je dlm, muahaha (tergelak evil la pulak). Best wo, bahagian hawa takde org. Aku pon ape lg, tanpe segan silunye, konker sebesar2 ruang tu sorang2. On mesin ribut buatan manusia tu, duduk menjalankan projek terbengkalai aku. Ade la jugak progress dr takde langsung.

Dpt la aku solat asar dgn maghrib berimam. Duduk diam2 kat sini dan dialun bacaan merdu adam dibalik tirai, teringat lak kat adik2 aku yg kat sini dan sini.

***

Adik2 aku terdiri dr species2 yg sgt kurius. Jd tak hairanlah jika aku pon terikut same kuat kurius (adalah sgt tak logik hirarkinya, tp peduli la. Hohoho).

*

Sis4 soal: ”Kakngah, boleh ke kite kentut dlm masjid?. Tak berdosa ke?”

+

+

+

Aku: (blur) ”em, boleh la kot. Kalau tak, takkan kite akan nmpk time tgh solat jumaat, ade je org kluar dr saf menghala ke bilik wudhu’. Maksudnye gas dah terlepas lah kan?” (ini contoh semate2 ye. Kenape aku bg contoh solat jumaat, sbb time tu je la aku leh tgk pe’el kaum2 adam menyembah Tuhan dr kaca tv. So, beware >:). )

Tambah bapak, kalau agak2 dah sedar diri tu dah terkeluar gas beracun, tp segan nak keluar dr saf, teruskan je solat dgn jemaah. Tp pahala berjemaah tak dpt la. Dpt save the water face je. Hehe.

Aku: ”Tp time die lari nak amek wudhu’, solat jumaat dah abis. Camne? Mane leh buat solat jumaat lain pulak. Die berdosa ke?”

+

+

+

Bapak: ”Dah die tak sengaje terlepas gas, terpakse la solat zuhur macam biase. Pahala solat die, Allah je yang tahu. Tp bapak tak penah la kene camtu lg stakat ni”. (sengih penuh mischievous. Comel bapak aku nih)

Sis3: ”Kalau kite tgh solat sunat, pastu ade orang sentuh bahu kite, nak kite imamkan solat tu. Camne pulak? Mane kite leh b’ckp time solat, nak bgtau yg kite tgh semayang sunat?”

+

+

+

Aku: ”err, itu kakngah tak arif. Meh kite tanye boss besar”

Soalan sama ditujukan kpd boss.

Bapak: ”kita solat je la sunat cam biase. Dapat pahala berjemaah. Tp lepas tu orang yg kite imamkan tu kene solat fardhu mcm biase la”.

Aku: ”Bapak, boleh ke kite solat jemaah kalau solat jama’?”. -(menghimpunkan dua solat fardhu dlm satu masa. Selalunya dilakukan apabila dalam perjalanan yg jauh)

Aku tujukan jugak soalan kat bapak (cetek sungguh ilmu aku)

+

+

+

Bapak: ”Boleh. Solat mcm solat jemaah biase. Niat kene ubah dr ’ada’an’ ke ’imaman’ sahaja”.

Sis3: “Pak, kalau imam tu yang terkentut?”

+

+

+

Bapak: ”kalau imam tu ’terlepas’, imam tu punya solat dikira batal. Jd die kene tarik seorang ma’mum utk mengimamkan solat td. Solat jemaah tu masih dikira sah”.

***

Aku tersenyum sorang2 bertemankan lappie yg setia melayan kenostalgian (ape?) aku ptg2. Ko mmg setia lappie.

***

Petikan diatas diambil dan diedit dr perbualan2 anak-beranak on the way ke kuantan utk menghantar sis3 ke U. Oh my kurius siblings, i miss you…

All time <3

Saturday, February 10th, 2007

Selamat menyambut ulang tahun buat teman rapat se-diploma, se-universiti dan se-Puchongku – Maisarah Hassan.

11713872a

Semoga dgn penambahan tahun ini menambahkan juga iman di dada, ilmu yg menafaat, kesihatan yg berguna, dan kekayaan yang halal. Stay bouncy n hippie always ya. No matter where distance takes us, and no matter how seldom we see each other (walaupon rumah sekangkang kera je) do know I’m here for you if you ever need me.

Dr sahabatmu di bandar bersejarah,

SOZM

Nota kaki: Maaf, ayat dr text semalam digune pakai semula disini. Ingatan ikhlas yg penting kan…;)

Aku pernah…

Saturday, February 10th, 2007

Aku tak ramai kawan pagi. Kebanyakkan kawan aku kawan malam. I’m a morning person diterjemah kpd bahasa ibunda = sy seorang pagi?. Atau lebih tepat lg, sy seorang kaki pagi? (Huh?) (Ni kalau cikgu bm bace, nangis guling2 dua puluh empat hari dua puluh tiga malam kot. Bahase campak kelaut btol).

Bapak selalu pesan jgn biasekan tidur lepas subuh. Nanti rezeki tak masuk.

Aku kagum kat bapak. Lewat mane bapak tidur pon, bapak tetap akan bangun lagi awal dr kitorang semue utk ke masjid. Blk dr masjid, bapak akan mengaji. Sesudah mengaji, bapak akan jogging kat treadmill selama setengah jam (selalunye aku teman bapak jogging kat sebelah. Bace: teman tengok sambil baring cam kucing ye. Lebih2 takde la. *Ngee*) dan bapak takkan tidur blk sampai tgh hari. Harus tidur time tu. (sile betulkan kalau sy salah). Berbeza sungguh tabiat generasi kite skrg kan?

***

Kadang2 teringin gak aku nak ajak teman2 g panjat bukit kat blakang kampus ni. Tp aku kuburkan hasrat aku tiap kali keinginan tu muncul diminda. Sape la aku ni, nak diteman kehulu kehilir. Artis? VIP? OKB? (Bukan ’Orang Kaya Baru’ ye). Mungkin rehat pagi tu penting utk mereka, tidak mengapalah. Kenape nak susahkan org g teman aku naik bukit. Bukannye ade ape pon.Monyet2 yg mencari rezeki je la yg ade menjadi penunggu setia bukit tu.Comel sgt ke monyet tu sampai kene panjat bukit pepagi bute?. (Otak aku cube mencari imej monyet diantara selerakan nota2 diminda).-Anak monyet kiut la jugak…:D

***

Aku pernah…

Dulu aku pernah ade teman yg se-kaki-pagi dgn aku. Tp skrg die dah dok jauh. Jd terpakse la aku layan blues pagi kat sini sorang2. Mcm skrg. Sape nak join aku hirup udara pg sekitar kampus? Jom!

Panic room

Saturday, February 10th, 2007

Baru seminggu aku tak blk umah, aku dah mule rase rimas. Terlampau terperap kat bilik; tak bagus utk perkembangan minda aku yg tak seberape besar ni. Jd, awal pg td (takde la awal mane pon kan. Dunia buku pon bukak kol 9. Ches), pas dah wangi2, aku pack lappie aku ngan buku2, gerak ke dunia buku.

Tak sampai 2 jam memerah otak utk projek2 ngan apekebarang semue, perut aku mule mengeluarkan bunyi2. Mintak di isi la tu. Memule aku buat derk je. Aku dah isi ngan susu sebelum gerak td kan. Kapasiti tong btol (bisik hati aku kat perut sendiri). Tp makin lame aku buat derk, makin kerap lak die berbunyi. Dgn penuh hormat sbb tanak bg org dok keliling aku dpt heart attack dan melabel aku kejam sbb sengaja melaparkan diri sendiri pepagi sabtu yg indah, (~fuh) aku pon mengeluarkan diri dan perut aku dr dunia buku.

Disbbkan kotak fikiran aku dah takleh pk port mane nak landing dah, aku masuk common room dan menyambung pengembaraan solo aku ke dunia fantasi.

Hangat2 bunga tahi ayam je utk merealisasikan hujung minggu yg produktif. *Isk*

>_<

Aku develop hobi baru semenjak due menjak ni. Al-maklum, byk sgt mase free…

I’d prop my head on my elbows and see people rushing towards their future down below. I’d lie on my back and watch the stars as far as my eyes can see, contemplating whether Einstein ever done the same exact thing as I did now eons back. Ke die hanye tahu camne nak formulate E=mc2?  Alangkah ruginye Einstein kalau die tak penah buat bende merepek nih…Then I’d slouch on my back like a prawn (yes, the same exact position bapak loathed seeing us girls do at home. Sorry bapak. Cannot help la…) and stare at the sunset. Just stare at it till there’s none left but the dark cloud and the coming of the night.

Ok2, aku tau membazir mase. Tp menikmati ciptaan Tuhan juga dikire beribadat ape…